fbpx

Liga Europa: Liverpool enggan ambil mudah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIVERPOOL digesa tidak memandang rendah kemampuan Sparta selepas kedua-dua pasukan diundi pusingan 16 terbaik Liga Europa bulan depan. – AFP

LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp optimis laluan pasukannya untuk melangkah jauh pada kempen Liga Europa musim ini tidak semudah yang disangka meskipun diundi menentang Sparta Prague pada peringkat 16 terbaik.

Skuad The Reds yang memburu trofi berprestij ‘No.2’ Eropah itu buat kali pertama sejak bergelar juara pada edisi 2001 menganggap Sparta sebagai pasukan sukar memandangkan status mereka selaku juara Liga Republik Czech.

Kata Klopp, barisan pemain perlu berwaspada kerana pasukan lawan telah mencipta sensasi tersendiri di peringkat playoff selepas berjaya menyingkirkan pilihan utama dari Turkiye, Galatasaray sebelum ini.

“Saya rasa pada peringkat 16 terbaik, tiada lagi lawan mudah dan kita telah diundi menentang Sparta yang memiliki kualiti seimbang. Malah, mereka hanya tewas sekali pada kempen liga ­domestik sebelum ini.

“Mereka juga telah menyingkirkan Galatasaray yang dianggap antara pilihan utama dan saya harap pasukan berhati-hati apabila menentang mereka ­nanti.

“Masa juga semakin suntuk untuk membuat persiapan, tetapi apa yang lebih penting buat pemain ketika ini adalah fokus mengharungi satu demi satu perlawanan,” katanya.

Klopp kini berada di landasan terbaik untuk membantu Liverpool bergelar juara quadruple apabila masih bersaing dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA.

Selain itu, Liverpool juga berpotensi untuk menjulang trofi pertama mereka musim ini apabila dijadualkan menentang Chelsea pada perlawanan akhir Piala Liga Inggeris (EFL) berlangsung di Stadium Wembley malam ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI