fbpx

Tiga pusat pemindahan di Kota Bharu ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KOTA BHARU – Tiga pusat pemindahan sementar (PPS) yang menempatkan seramai 86 orang mangsa banjir di daerah ini ditutup semalam.

Sekretariat Pengurusan Bencana Kota Bharu, Leftenan Mohd. Safiyan Ibrahim berkata, tiga kawasan itu melibatkan PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tiong, PPS SK Melor dan PPS Angkatan Belia Islam Malaysia ( Abim) Kok Lanas di sini.

Menurutnya, kesemua PPS itu ditutup pada pukul 10 hingga 10.30 pagi selepas air di kawasan kampung mereka surut selepas hujan tidak turun semalam.

“Ketiga-tiga PPS itu menempatkan sebanyak 18 buah keluarga bermula pukul 3.30 petang hingga hingga 7 malam Khamis lalu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Sebelum ini, tiga PPS itu dibuka selepas kawasan kampung mereka dinaiki air antara 0.7 hingga 1.7 meter. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI