fbpx

‘Lelaki itu bukan tokan dadah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular di media sosial memaparkan pesalah trafik tersebut.

PORT DICKSON – Polis mengesahkan penunggang motosikal yang ditahan di persimpangan lampu isyarat, di sini, petang semalam merupakan pesalah trafik.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, pihaknya menerima laporan berhubung video tular berdurasi satu minit tujuh saat berkenaan membabitkan dua individu bermotosikal telah menahan seorang individu di sebuah persimpangan lampu isyarat,.

Menurutnya, berdasarkan siasatan, kejadian berlaku pada 20 Februari pukul 5.30 petang di persimpangan Lampu Isyarat Batu 1 melibatkan anggota polis trafik dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPTD) Port Dickson yang sedang menjalankan tugasan Op Motosikal di daerah ini.

“Hasil pemeriksaan ke atas lelaki warga tempatan itu mendapati terdapat kesalahan tidak mempunyai lesen memandu, tiada nombor pendaftaran, tiada cermin sisi, ubah suai eksoz, nombor pendaftaran kenderaan tidak mengikut peraturan dan tidak memakai penutup rantai.

“Enam saman telah dikeluarkan. Pihak Polis menasihati supaya orang awam tidak menularkan isu ini kerana ia boleh menimbulkan kegusaran awam dan boleh diambil tindakan dibawah Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya di sini, hari ini.

Terdahulu tular di media sosial video memaparkan aksi seorang penunggang motosikal terkejut apabila secara tiba-tiba ditahan oleh dua individu menaiki motosikal.

Video tular dengan kapsyen “Mantap abang polis. Lokasi Port Dickson” berkenaan mendapat pelbagai reaksi warganet apabila majoritinya menyatakan individu yang ditahan merupakan tokan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI