fbpx

Trend penagih kekal pulih meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sutekno. Foto AFIQ RAZALI/KOSMO!

MELAKA – Sebanyak 75 peratus penagih dadah bersamaan 14,890 individu telah pulih sepenuhnya selepas menjalani Program Rawatan dan Pemulihan Dalam Komuniti (RPDK) sepanjang tahun lalu.

Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, seramai 65,372 penagih dadah direkodkan sedang menerima program RPDK di seluruh negara.

Menurutnya, berbanding tahun 2022, AADK berjaya merawat pulih seramai 44,754 penagih dan daripada jumlah tersebut seramai 19,440 telah dinilai.

Beliau berkata, hasil penilaian itu mendapati seramai 14,008 atau 72.1 peratus penagih mencapai tahap kepulihan.

“Ini bermakna, AADK berjaya menyahut cabaran Menteri Dalam Negeri dengan mengatasi kadar sasaran awal bagi petunjuk prestasi utama (KPI) ini iaitu sebanyak 75 peratus.

“Pencapaian ini dinilai menerusi kaedah Cure and Care Recovery Index (CCRI) dan berjaya mencapai KPI yang ditetapkan kerana semua yang terlibat khususnya kumpulan pelaksana di lapangan.

“AADK turut menetapkan sasaran Dadah Terkawal menjelang tahun 2025 adalah sebanyak 400 orang bagi setiap 100,000 penduduk,” ujarnya kepada pemberita pada Program Walkabout Perdana sempena Peringatan Hari Anti Dadah 2024 di Pantai Puteri di sini hari ini.

Mengulas lanjut Sutekno berkata, AADK menyasarkan sebanyak 76 peratus kadar penagih dadah kekal pulih menjelang hujung tahun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI