fbpx

Seorang lagi anggota IPD Kota Tinggi positif dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan (tengah) menyaksikan upacara Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Batu Pahat di IPK Johor, hari ini.

JOHOR BAHRU – Seorang anggota polis berpangkat konstabel ditahan semalam selepas ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadapnya mendapati suspek positif penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, suspek yang berusia 26 tahun itu ditahan selepas ujian tersebut dijalankan secara besar-besaran di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi.

Menurut beliau, suspek didapati positif penyalahgunaan dadah jenis methamphetamine.

“Susulan penahanan sembilan anggota polis di IPD Kota Tinggi baru-baru ini melibatkan kegiatan pengedaran dadah dalam lokap, satu ujian saringan air kencing telah dibuat melibatkan semua anggota.

“Hasil daripada itu, kita telah menahan seorang anggota berpangkat konstabel yang didapati positif dadah di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Batu Pahat, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.

Khamis lalu, sembilan anggota polis dari IPD Kota Tinggi ditahan selepas disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah di lokap polis daerah berkenaan.

Tangkapan itu melibatkan lapan lelaki dan seorang wanita berusia antara 20 hingga 36 tahun berpangkat koperal hingga konstabel yang bertugas sebagai pengawal lokap.

Berdasarkan laporan, sebuah sel di premis berkenaan turut dijadikan sebagai ‘port’ untuk menjalankan aktiviti menghisap dadah.

Sementara itu, Ayob Khan turut memberitahu pihaknya memandang serius akan isu penyalahgunaan dadah dalam kalangan anggota kerana ia melibatkan Integriti mereka.

“Isu ini serius kerana ia akan melibatkan Integriti mereka sebagai anggota polis, apabila terlibat dadah banyak masalah akan berlaku yang mengganggu tugas mereka.

“Jika disahkan positif, mereka berdepan kemungkinan dibuang kerja, tidak perlu lagi disiasat kerana hanya akan membuang masa,” ujarnya.

Sehubungan itu beliau menegaskan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana anggota polis yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI