fbpx

MotoGP: Bezzecchi hanya mahu tewaskan Pecco

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEZZECCHI hanya diberikan pakej jentera musim lalu, namun percaya mampu menguasainya untuk menyaingi pelumba Ducati lain. - AFP

DOHA – Pelumba VR46 Racing, Marco Bezzecchi tidak bimbang dengan prestasi luar biasa dipamerkan tiga pelumba Ducati sewaktu menawan kedua-dua sesi ujian rasmi di Malaysia dan juga Qatar.

Bezzecchi yang menggunakan jentera musim lalu yakin mampu menguasainya biarpun dilihat bergelut untuk mengejar pelumba Ducati yang menggunakan jentera dengan pakej 2024 termasuk dengan sistem aerodinamik baharu.

Pada sesi ujian tersebut, Ducati menampilkan persembahan luar biasa apabila juara MotoGP musim lalu, Francesco ‘Pecco’ Bagnaia yang menggunakan jentera Desmosedici GP24 mencatat masa terpantas sesi ujian rasmi di Sepang, Malaysia dan juga di Lusail, Qatar.

Tidak terkecuali apabila rakan sepasukan Bagnaia, Enea Bastianini dan naib juara musim lalu, Jorge Martin (Pramac Racing) turut menampilkan aksi cukup baik pada jentera 2024 itu.

“Bukan hanya Pecco (Bagnaia) yang pantas, tetapi Enea (Bastianini) dan juga Jorge (Martin) turut cemerlang dengan jentera 2024 tersebut. Mereka menguasai jentera baharu itu dengan baik.

“Walaupun mereka benar-benar menguasai sesi ujian di Malaysia dan Qatar. Saya tidak risau, tetapi saya sedar bahawa dia (Bagnaia) akan menjadi orang yang perlu dikalahkan.

“Apapun, saya gembira dengan apa yang kami capai apabila menutup aksi pra musim dengan keseimbangan yang baik dan terdapat peningkatan yang cukup besar di Qatar. Saya tidak sabar, untuk memulakan perlumbaan pertama nanti,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI