PETALING JAYA – Kuala Lumpur dan Putrajaya diramalkan mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga pukul 6 petang ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, beberapa kawasan di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Sarawak turut dijangka mengalami cuaca buruk.
“Selangor di Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang. Perak di Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang, Muallim.
“Negeri Sembilan di Jelebu, Seremban dan Port Dickson), manakala Sarawak di Sri Aman dan Kapit (Belaga),” kata MetMalaysia dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. – KOSMO! ONLINE