fbpx

Perdana Menteri tunai solat Jumaat di Masjid Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (empat kiri) dan Sonny (tiga kanan) mendengar khutbah ketika hadir bagi menunaikan solat Jumaat di Masjid Negara, hari ini. - Foto oleh FARIZ RUSADIO / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berada di Masjid Negara bagi menunaikan solat Jumaat bersama rakyat.

Perdana Menteri yang diiringi Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil serta Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan turut meluangkan masa untuk bersalam bersama jemaah yang hadir.

Terdahulu, Ahli Parlimen Tambun itu makan tengah hari di sebuah restoran di Jalan Tanglin, di sini.

Sementara itu, Perdana Menteri turut menerima senaskah buku daripada bekas pemain ragbi terkemuka dari pasukan All Blacks, Sonny Bill Williams. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI