fbpx

Dua mayat insiden letupan gas kilang tidak sempurna – Bomba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua mayat yang terlibat insiden letupan gas di sebuah premis di Taman Perindustrian Puchong Utama, hari ini ditemui dalam keadaan tidak sempurna.

SUBANG JAYA – Dua mayat yang terlibat insiden letupan gas di sebuah premis di Taman Perindustrian Puchong Utama di sini, hari ini ditemui dalam keadaan tidak sempurna.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan pukul 10.14 pagi berkaitan kejadian itu.

Menurut beliau, pihaknya bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melakukan siasatan bagi mengenal pasti punca berlakunya letupan itu.

“Kita jangkakan dalam satu hingga dua jam akan selesaikan siasatan di lokasi dan keluarkan mayat. Keadaan mayat tak sempurna disebabkan itu kita perlukan masa untuk siasatan.

“Keadaan selamat dari segi premis dan kawasan sekitar, namun kita tetap akan buat pemantauan dari semasa ke semasa,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Tambah Mukhlis, dua mangsa yang mengalami kecederaan selamat diberikan bantuan pernafasan selain rawatan awal.

“Pihak forensik (bomba) masih menyiasat punca letupan, pemeriksaan membabitkan tong gas yg berada di premis, namun didapati tiada kebocoran.

“Pemilik premis yang tercedera juga sudah mendapatkan rawatan, identiti kedua-dua mangsa yang meninggal dunia masih belum dikenal pastic,” ujar beliau.

Tegas Mukhlis, siasatan mendalam turut dijalankan sekiranya terdapat perlanggaran Standard Operasi Prosedur (SOP) ketika bertugas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI