fbpx

Kapal angkasa AS mendarat di Bulan selepas 50 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Odysseus melepasi bahagian berhampiran Bulan sambil mengikuti orbit Bulan kelmarin.- AFP

WASHINGTON – Buat kali pertama sejak era pendaratan Apollo, sebuah kapal angkasa Amerika Syarikat (AS) berjaya mendarat di permukaan Bulan selepas tempoh lebih 50 tahun.

Robot komersial tanpa kru diberi nama Odysseus, dan dibina oleh syarikat swasta dari Houston, Intuitive Machines, mendarat berhampiran kutub selatan Bulan pada pukul 6.23 petang (waktu tempatan) semalam.

“Hari ini, buat pertama kali dalam lebih setengah abad, AS telah kembali ke Bulan.

“Hari ini, buat pertama kalinya dalam sejarah kemanusiaan, sebuah syarikat komersial, syarikat Amerika, melancarkan dan mengetuai misi ke sana,” kata pentadbir Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), Bill Nelson dalam satu video. 

Odysseus berjaya mendarat meskipun pengawal penerbangan terpaksa beralih kepada sistem pendaratan eksperimen dan mengambil masa beberapa minit untuk menyambung semula hubungan radio dengan robot itu selepas ia berhenti.

“Selepas menyelesaikan masalah komunikasi, pengawal penerbangan telah mengesahkan Odysseus mampu berdiri tegak dan mula menghantar data.

“Kini, kami sedang berusaha untuk mendapatkan pautan imej pertama dari permukaan Bulan,” kata Intuitive Machines dalam kemas kini terbaharunya pada aplikasi X.

Odysseus dilancarkan minggu lalu dari Pusat Angkasa Kennedy NASA di Florida dan sudah memasuki orbit bulan sejak kelmarin. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI