fbpx

Kestabilan jadikan negara, warganya kuat – Sultan Nazrin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Nazrin (tiga dari kanan) memeriksa perbarisan ketika istiadat pembukaan rasmi persidangan Mesyuarat Pertama Tahun Kedua, Dewan Undangan Negeri Perak Ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh hari ini. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA / KOSMO!

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah kestabilan sesebuah negara serta keamanan dan keharmoniannya menjadikan ia kuat termasuklah warganya.

Titah baginda, warganya sesebuah negara yang kuat memiliki kematangan untuk menerima kelainan dan perbezaan serta memiliki kedewasaan bagi menerima hakikat bahawa setiap daripada mereka memiliki kelemahan di samping kekuatan.

Bagaimanapun, baginda bertitah, warga tersebut juga berminda pintar dan memilih untuk menggabungkan kekuatan dan tidak membesar-besarkan kelemahan.

“Warga yang memiliki semangat patriotik terhadap negara dan bangsanya akan memilih untuk bersatu daripada berpecah.

“Bangunkan negeri Perak ini dalam semangat menggabungkan kekuatan yang ada sesama kita, menghayati semangat bersatu teguh bercerai roboh,” titah baginda ketika Istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Kedua Dewan Negeri Perak ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Pada masa sama, Sultan Nazrin turut bertitah, tata kelola yang baik sangat diperlukan untuk membina keyakinan pelabur di negara ini.

Titah baginda, ia ekoran negara ketika ini menghadapi cabaran besar untuk memacu pertumbuhan ekonomi.

Baginda menegaskan, langkah-langkah tegas pencegahan rasuah memberi isyarat penting akan kesungguhan kerajaan mahu memupuk persekitaran perniagaan yang telus lagi adil.

“Negara tidak terkecuali mendepani cabaran landskap ekonomi global yang lebih rumit dipengaruhi dinamik geopolitik, hubungan perdagangan dan pakatan ekonomi kuasa-kuasa besar.

“Malaysia tidak terlepas daripada kesan negatif akibat peperangan Ukraine-Rusia serta konflik berpanjangan Palestin-Israel yang menjadi bertambah berat dengan peperangan yang sedang berlaku di Gaza,” titah baginda.

Justeru, Sultan Nazrin bertitah, usaha-usaha kerajaan memberi tumpuan kepada sektor-sektor pertumbuhan baharu merupakan inisiatif strategik yang mampu meletakkan ekonomi negara lebih berdaya saing di peringkat global. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI