fbpx

Lelaki disamun selepas gagal urus niaga 2 ekor kucing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Urus niaga menjual kucing peliharaan bertukar tragedi apabila seorang lelaki cedera disamun pelanggannya dalam kejadian di Bandar Utama, di sini, Ahad lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintenden M. Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, pihaknya telah terkesan video tular di laman sosial melibatkan kejadian samun .

Kata beliau, hasil semakan mendapati satu laporan polis dibuat seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun itu.

“Hasil siasatan lanjut, polis berjaya menangkap suspek merupakan dua lelaki tempatan.

“Polis merampas sebuah telefon bimbit jenama Iphone 14 Pro Max, dua ekor anak kucing jenis British Short Hair dan Munchkin, dua beg kucing dan dua kunci kereta yang dipercayai digunakan semasa kegiatan samun.

“Suspek berusia 27 tahun mempunyai satu rekod lampau, manakala seorang lagi berusia 29 tahun mempunyai empat rekod lampau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata M. Hussin, punca kejadian dipercayai kerana tidak berpuas hati dalam urus niaga terbabit.

Kata beliau, kedua-dua suspek telah direman selama lima hari bermula Isnin hingga Jumaat dan kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Menurut beliau, kertas siasatan telah dilengkapkan dan kes dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya, Selasa lalu.

“Kedua-duanya dituduh di Mahkamah Petaling Jaya di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan, kelmarin.

“Bagaimanapun, kedua-dua suspek tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan,” ujarnya.

Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki mengalami kerugian RM10,000 selepas dua ekor kucing miliknya dicuri ketika urus niaga menjual kucing peliharaan di Bandar Utama, di sini, Ahad lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI