fbpx

Usaha sama Pecca Aviation, GCA tingkatkan standard penyenggaraan, baiki, operasi dalaman pesawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nonee Ashirin (kiri, depan) dan Pengarah Eksekutif Zi Yi (kanan, depan) menunjukkan dokumen perjanjian yang dimeterai di Singapura baru-baru ini.

PETALING JAYA – Pecca Aviation Services Sdn. Bhd. (Pecca Aviation), anak syarikat milik penuh Pecca Group Bhd memeterai perjanjian agensi dan pengedaran dengan Global Component Asia Sdn Bhd (GCA).

Ia bertujuan untuk memulakan perkongsian strategik yang akan meningkatkan standard penyenggaraan, pembaikan dan operasi dalaman pesawat dalam pasaran utama global.

Perjanjian itu terbentuk susulan daripada Pecca Aviation dan memorandum persefahaman (MOU) GCA yang ditandatangani pada Mei 2023, yang mana kedua-dua pihak bersetuju untuk terbabit dalam usaha pemasaran bersama untuk mempromosikan penyelesaian sarung tempat duduk pesawat keluaran Pecca bagi pasaran awam dan pertahanan global.

Pengarah Eksekutif Pecca Group, Teoh Zi Yi berkata, perkongsian itu menyaksikan Pecca Aviation menyediakan penyelesaian dalaman pesawat kepada senarai pelanggan penerbangan terkemuka GCA yang termasuk syarikat penerbangan yang berada dalam industri penyenggaraan, pembaikan dan operasi. 

Pada masa sama, Pecca Aviation dan GCA akan bekerjasama untuk memenuhi permintaan pasaran utama termasuk Malaysia, Perancis, Amerika Syarikat, United Kingdom dan Indonesia.

“Kami sangat teruja untuk bergabung tenaga dengan GCA dalam mempercepatkan pengembangan global Pecca Aviation. 

“Komitmen bersama kami terhadap inovasi dan kualiti akan membolehkan kami memberikan hasil yang luar biasa untuk peserta penerbangan di seluruh Malaysia, Perancis, Amerika Syarikat, United Kingdom dan Indonesia,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Perjanjian itu telah dimeterai pada Pertunjukan Udara Singapura 2024, dengan disaksikan oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Datuk Dr Azfar Mohamad Mustafar dengan Ketua Pegawai Eksekutif National Aerospace Industry Corporation Malaysia (NAICO Malaysia), Prof Ts Shamsul Kamar Abu Samah.

Sementara itu, Pengerusi GCA, Datuk Nonee Ashirin Mohd Radzi menjelaskan, kerjasama dengan Pecca Aviation adalah satu langkah penting ke hadapan dalam komitmennya untuk menyediakan penyelesaian penerbangan peringkat teratas. 

“Dengan rekod prestasi dan kepakaran mereka yang terbukti dalam industri, pihaknya yakin secara bersama akan menetapkan piawaian baharu untuk kecemerlangan dalaman pesawat,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI