fbpx

EPL: Klopp teringat aksi Barcelona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIVERPOOL bangkit daripada ketinggalan untuk meledak empat gol pada babak kedua ketika mengatasi Luton awal pagi semalam. - AFP

LIVERPOOL – Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp menganggap kejayaan menewaskan Luton Town awal pagi semalam mengingatkannya semula ketika pasukan itu membenam Barcelona pada aksi Liga Juara-Juara 2019 di Anfield.

Pada aksi awal pagi semalam, Liverpool terlebih dahulu ketinggalan sebelum bangkit pada babak kedua perlawanan untuk meledak empat gol sekali gus berjaya meraih kemenangan 4-1 pada aksi berkenaan.

Kemenangan tersebut menyaksikan Liverpool kembali memiliki kelebihan empat mata berbanding pencabar terdekat Manchester City biarpun lebih satu perlawanan, selain menjadi tonik penting sebelum berdepan aksi final Piala Liga Inggeris Ahad ini.

“Ini adalah satu lagi aksi di mana anda sukar untuk berhenti bercakap mengenainya. Saya sangat gembira, sebelum perlawanan tidak ada orang yang tahu bagaimana para pemain akan berdepan cabaran pada aksi kali ini,” katanya.

Liverpool turun tanpa sembilan pemain utama ekoran masalah kecederaan menyebabkan Klopp terpaksa menyenaraikan lima pemain berusia 19 tahun ke bawah di bangku simpanan menyebabkan situasi berkenaan hampir sama ketika mereka berdepan Barcelona sebelum ini.

“Saya melanggar janji dengan para pemain bahawa saya tidak akan bercakap mengenai situasi ketika kami menentang Barcelona, namun hakikatnya ia hampir sama apabila kami juga kehilangan ramai pemain utama ketika itu.

“Ketika itu, kami tidak mengambil peduli mengenai siapa yang tidak dapat bermain. Ia sukar apabila anda menerima berita mengenai kecederaan, tetapi apabila saya faham cara untuk menghadapinya, ia melegakan.

“Banyak faktor yang boleh membuatkan kami putus asa, tetapi saya melihat pasukan ini mempunyai kumpulan pemain yang memiliki semangat luar biasa,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI