fbpx

Pemain Man. United calon baharu perkuat Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WHEATLEY yang beraksi bersama skuad muda United dikaitkan mempunyai darah Malaysia bagi membolehkannya menjadi calon baharu memperkuatkan Harimau Malaya.

HARIMAU Malaya kini memiliki lebih ramai pilihan pemain warisan untuk memperkuatkan pasukan bagi memburu lebih banyak kejayaan mengikut pelan jangka masa pendek Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Selepas bintang skuad Arsenal B-21, Jimi Gower, kini giliran pemain muda Manchester United, Ethan Wheatley dikaitkan memiliki susur galur Malaysia yang melayakkannya wakili Harimau Malaya.

Menurut laman frfuturetalents, Wheatley layak untuk mewakili Harimau Malaya kerana memiliki pertalian dengan Malaysia menerusi neneknya.

Berdasarkan data transfermarkt.com, Wheatley kini sudah menjaringkan empat gol dan mencipta satu bantuan jaringan dalam aksi Liga Perdana Inggeris Bawah 18 Tahun (B-18).

Sementara itu, Gower ketika ini menjadi antara watak penting kepada Arsenal B-21 dan pernah menarik minat pengendali pasukan utama, Mikel Arteta yang memberikannya berlatih dengan skuad senior.

Gower yang bakal genap 20 tahun Oktober ini boleh bermain di posisi tengah bertahan dan juga sebagai pemain tengah menyerang.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN