fbpx

KPT teliti cadangan ‘kertas putih’ berkait ekonomi Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zambry ketika berucap pada Persidangan Antarabangsa Ekonomi Kewangan Islam di Sasana Kijang, hari ini. Foto M. FIRDAUS M. JOHARI

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan memperhalusi cadangan mewujudkan ‘kertas putih’ atau kerangka berkaitan ekonomi dan kewangan Islam.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir berkata, cadangan itu dikemukakan jawatankuasa Persidangan Antarabangsa Ekonomi Kewangan Islam (ICIEF).

“Pada dasarnya, ia (ekonomi dan kewangan Islam) bukanlah satu perkara yang baru, tetapi kita perlu memperkemaskan atau membentuk struktur yang lebih baik.

“Jadi, cadangan dikemukakan ialah untuk menyediakan satu kertas putih yang menyentuh tentang Ekonomi Manusiawi Mampan,” katany.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar majlis penutup Persidangan Antarabangsa Ekonomi Kewangan Islam ke-15 di Sasana Kijang, di sini hari ini.

Persidangan selama tiga hari itu dihadiri ahli akademik, profesional serta pakar ekonomi dan kewangan Islam selain menghimpunkan lebih 600 peserta dari 50 negara.

Bagaimanapun, Zambry berkata, beliau akan membuat semakan terhadap kerangka tersebut sebelum ia dibawa untuk dibincangkan pada Konvensyen ICIEF ke-15 pada Mei nanti.

“KPT akan terus menyokong penyelidikan kolaboratif, termasuk dalam bidang khusus ekonomi Islam dan ekonomi sosial yang mungkin tidak mendapat perhatian yang mencukupi daripada industri perbankan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI