fbpx

Konon jual ayam murah, padahal tipu alat penimbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penguat kuasa KPDN mengeluarkan kompaun kepada peniaga ayam proses di Jalan Pasir Hor, Kota Bharu yang didapati menipu timbangan. FOTO IHSAN KPDN

KOTA BHARU – Taktik seorang peniaga di Jalan Pasir Hor di sini yang kononnya menjual ayam proses pada harga murah, namun menipu timbangan terbongkar selepas premisnya diserbu penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan semalam.

Serbuan itu dijalankan pihak KPDN bersama Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) pada pukul 10.30 pagi selepas taktik peniaga tersebut tular di media sosial beberapa hari lalu.

Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail berkata, sepasukan anggota KPDN sebelum ini menyamar sebagai pembeli dan mendapati timbangan awal daripada penjual itu tidak menepati kuantiti atau berat yang dijual.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati, peniaga terbabit menggunakan alat timbang sukat elektronik yang tidak disahkan untuk tujuan perdagangan.

“Tindakan itu menunjukkan bahawa peniaga ayam proses tersebut melanggar Akta Timbang dan Sukat 1972.

“MPKB-BRI turut mengambil tindakan undang-udangan ke atas peniaga itu di bawah bidang kuasa mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azman memberitahu, semua pengguna diminta untuk terus tampil membuat sebarang aduan khususnya melibatkan kenaikan harga barangan keperluan dan jualan harga yang mengelirukan mengikut saluran rasmi disediakan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI