fbpx

Peminat Indonesia ‘menangis’ tengok Fattah Amin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FATTAH Amin tidak menyangka lakonannya dalam filem seram Indonesia, Trinil: Kembalikan Tubuhku diterima baik peminat di negara berkenaan.

KUALA LUMPUR – Pelakon Fattah Amin tidak menyangka pembabitan sulungnya dalam filem Indonesia berjudul Trinil: Kembalikan Tubuhku, mendapat sambutan baik daripada penonton sehingga meraih pujian masyarakat di sana.

Lebih membuatkan Fattah, 33, teruja apabila wataknya sebagai Yusuf membuatkan dirinya digilai penonton negara seberang itu, sehingga ada dalam kalangan mereka menangis tidak dapat menaham sebak impapk lakonannya.

Fattah atau nama lengkapnya Abdul Fattah Mohd. Amin ketika ditemui berkata, dia menerima maklum balas positif daripada penonton di Indonesia yang rata-rata menyukai wataknya sebagai Yusuf.

“Alhamdulillah, watak saya sebagai Yusuf dalam filem Trinil: Kembalikan Tubuhku diterima baik oleh penonton di sana walaupun ini merupakan filem pertama saya dari Indonesia.

“Malah, ada peminat menangis kerana sedih dengan watak saya sebagai Yusuf. Peminat itu merupakan seorang remaja perempuan berusia sekitar belasan tahun.

“Peminat itu tinggal di Bandung dan sanggup datang ke Jakarta untuk berjumpa dengan saya. Bila saya tanya, rupanya dia sedih dengan kejadian yang berlaku pada Yusuf,” katanya kepada Kosmo! Online.

Pada masa sama, suami kepada pelakon dan usahawan, Nur Fazura itu mengakui menerima banyak kiriman mesej dalam Instagram (DM) yang dihantar oleh peminat dari Indonesia yang meninggalkan kata-kata ‘salam kenal’ kepadanya.

“Peminat yang mesej dalam Instagram pun ramai. Rata-rata meninggalkan komen salam kenal kepada saya,” jelasnya.

Dalam filem berkenaan, Fattah sebagai Yusof merupakan seorang dukun. Dia harus membantu pasangan suami isteri, Rara lakonan Carmela van der Kruk dan Sutan (Rangga Nattra) menghalau hantu penanggal yang mengganggu hidup mereka.

Kata Fattah, pembabitannya dalam filem arahan pengarah terkenal, Hanung Bramantyo itu mungkin membuatkan penonton di sana yang belum mengenalinya tertanya-tanya.

“Ada segelintir penonton dari Indonesia sudah mengenali saya menerusiu filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang pernah di tayangkan di sana.

“Trinil: Kembalikan Tubuhku pula merupakan sebuah filem seram. Jadi peminat filem genre itu baru hendak mengenali saya. Filem ini pula diarahkan seorang pengarah hebat.

“Jadi bila watak Yusuf ini diperkenalkan, mereka jadi tertarik sehingga ada penonton yang beremosi dengan lakonan saya. Itu yang buatkan saya rasa seronok,” katanya.

Sejak ditayangkan di Indonesia pada 4 Januari lalu, Trinil: Kembalikan Tubuhku telah berjaya menarik penonton seramai 13 juta penonton ke pawagam.

Mengisahkan tentang hantu penanggal, Trinil: Kembalikan Tubuhku merupakan sebuah naskhah popular yang diinspirasikan daripada sebuah drama radio yang cukup popular di Indonesia sekitar tahun 1980-an.

Selain Fattah Amin, filem berkenaan turut dibintangi pelakon handalan seperti Carmela van der Kruk, Rangga Nattra, Wulan Guritno, Shalom Razade, Alexzander Wlan, Willem Bevers dan Elly D. Luthan.

Menariknya filem terbitan rumah produksi Malaysia, Seven Skies Motion Sdn. Bhd tersebut kini menemui penonton di pawagam tanah air bermula hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI