fbpx

‘Lelaki ‘lock’ satu malam je’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZARINA ANJOULIE

PETALING JAYA – Pelakon Zarina Anjoulie semalam tampil memberi peringatan pedas buat wanita yang sanggup menggadai maruah diri.

Zarina atau nama sebenarnya, Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul, 33, berkata, ada sesete­ngah wanita mengimpikan lelaki kaya tetapi mereka ini hanya mahu mengambil kesempatan.

“Ramai wanita anggap apabila sudah suka seorang lelaki kaya tu terus nak ‘lock’, lepas tu hilanglah maruah.

“Tapi hakikatnya tak, lelaki tu ‘lock’ kau satu malam je, esok dia cari perempuan lain. Kalau dia betul-betul sayang kau, dia akan kahwin dengan kau dulu,” kata­nya yang mesra dipanggil Anju.

Tambahnya, sesetengah lelaki menggunakan kaedah menjerat wanita menerusi kereta mewah sebagai modus operandi.

“Mereka tahu, kalau guna kereta mewah macam BMW, Mercedes, semua wanita akan terpikat. Jadi jangan terpedaya, jangan tertipu.

“Sentiasalah ingat jika benar-benar sayang, mereka takkan sentuh kamu sebelum kahwin. Kalau pukul 1 pagi nak bawa balik rumah, semua tu merapu.

“Saya faham semua kalau boleh nak lelaki kaya. Cuma ja­nganlah terlalu percaya. Tapi tak semua lelaki begitu,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI