fbpx

Pengantin terima mas kahwin rumah 1 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasangan Radja dan Adinda mengadakan majlis perkahwinan pada 17 Februari lalu. – TikTok

JAKARTA –  Sebuah majlis perkahwinan di Sukabumi, wilayah Jawa Barat mendapat perhatian pengguna media sosial kerana pengantin perempuan menerima mas kahwin berupa rumah   berharga 1.5 bilion rupiah (RM459,076) dan dua buah kereta, lapor laman berita Detik.

Berdasarkan  klip video mengenainya  yang tular di platform TikTok, pengantin lelaki menyerahkan kereta jenama Honda HRV dan Toyota Camry berserta  miniatur rumah sebagai simbolik rumah sebenar selain pelbagai hantaran lain.

Rakaman video  itu dimuat naik oleh seorang lelaki bernama Agus. Katanya,   pasangan pengantin tersebut bernama Radja Panutan dan Adinda Galuh Nurutami.

Pengantin lelaki merupakan seorang  ahli perniagaan, manakala pengantin perempuan ialah bekas peserta Mojang Jajaka Kota Sukabumi  2019 (pertandingan duta pelancongan dan kebudayaan).

“Pengantin perempuan menerima mas kahwin berupa sebuah rumah berharga 1.5 bilion rupiah dan dua buah kereta,” katanya. 

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.

“Kedua-dua pengantin pasti daripada keluarga kaya-raya kerana jika hanya sebelah pihak sahaja (kaya), pasti akan berlakunya sinetron,” kata seorang netizen yang  bergurau. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI