fbpx

Saintis berenang bersama ular terbesar di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anakonda ini seberat 199.5 kilogram dan berukuran 7.62 meter panjang. – Jam Press

BRASILIA, BRAZIL – Seorang ahli biologi dari Belanda menemui ular terbesar di dunia yang dirakam  menyusur dasar sebatang  sungai di Hutan Hujan Amazon sebelah Brazil, lapor akhbar The Sun semalam.

Reptilia  gergasi itu memiliki berat 199.5 kilogram atau tiga kali ganda melebihi berat manusia biasa dan berukuran 7.62 meter panjang. Saiz kepalanya dikatakan menyamai saiz kepala manusia.

Spesies Anakonda Hijau Utara tersebut ditemui oleh Profesor Freek Vonk  yang juga pengacara sebuah program hidupan liar di televisyen.

Dalam video yang disiarkan, Vonk dirakam berenang di sebelah ular gergasi berkenaan.

“Berdasarkan video yang anda boleh lihat, ia merupakan anakonda terbesar  pernah saya lihat. Ia setebal tayar kereta, sepanjang 7.62 meter dan seberat 199.5 kilogram,” katanya. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI