fbpx

Wanita lahirkan anak dalam bank di Subang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang bidan dipanggil bagi membantu wanita berkenaan. – BRI

JAKARTA  – Seorang wanita di Subang, wilayah Jawa Barat selamat melahirkan seorang bayi ketika berurusan di kaunter cawangan sebuah bank tempatan, lapor laman berita Detik semalam.

Penyelia Operasi Sokongan BRI cawangan Subang, Fajar Eka Setiawan berkata, dalam kejadian kelmarin, wanita tersebut pergi ke bank berkenaan untuk mengaktifkan semula kad bank yang bermasalah.

“Ketika menunggu giliran, dia tiba-tiba mengadu kesakitan dan terus melahirkan anak. Semua pelanggan dan kakitangan bank ketika itu  cemas,” katanya.

Tambah Fajar Eka, pihak bank menutup operasi premis tersebut buat sementara waktu bagi membantu wanita berkenaan bersalin.

Pihak bank turut memanggil bidan terdekat untuk membantu pelanggan tersebut.

Sementara itu, menurut wanita berkenaan, Ririn Anggraeni, 25, dia tidak menyangka akan melahirkan anak ketika berurusan di bank kerana bayinya dijangka lahir pada 22 Mac ini.

Ririn kemudian dibawa ke hospital  bagi membuat pemeriksaan lanjut, manakala pihak bank melakukan kerja pembersihan cawangan berkenaan selepas insiden itu selesai. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI