fbpx

Kabinet lulus Majlis Media Malaysia, dibentang Parlimen Jun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi bercakap pada sidang akhbar di Kementerian Komunikasi, Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

PUTRAJAYA – Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini meluluskan pembentukan satu akta berkaitan penubuhan Majlis Media Malaysia.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, langkah seterusnya ialah proses membentuk undang-undang berkaitan oleh Jabatan Peguam Negara, seterusnya dijangka dapat dibentangkan di Parlimen pada Jun depan.

Beliau berkata, pembentukan akta tersebut sebelum ini mengambil masa yang agak lama susulan proses libat urus bersama Jawatankuasa Khas Protem dengan pemegang taruh, serta perubahan kerajaan pada 2020.

“Mengikut sejarahnya, dasar mengenai penggubalan satu akta pembentukan Majlis Media Malaysia pernah dimasukkan pada 2019, namun beberapa pelarasan perlu dilakukan semula selepas Kerajaan Perpaduan dibentuk,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Katanya, draf RUU itu sebenarnya sudah diluluskan Kabinet yang terdahulu dan sudah tersenarai untuk dibentangkan pada 2019, namun tergendala akibat perubahan kerajaan ketika itu.

Semalam, kerajaan melancarkan semula Kod Etika Wartawan Malaysia dan memberi jaminan langkah itu tidak mengekang kebebasan media dan pengamal media di negara ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI