fbpx

UCL: Inter Milan kesal raih bekal tipis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARNAUTOVIC (kanan) meledak gol tunggal perlawanan ketika Inter mengatasi Atletico pada aksi pertama di San Siro awal pagi semalam. - AFP

MILAN – Jurulatih Inter Milan, Simone Inzaghi mengakui sedikit terkilan meskipun skuad kendaliannya mencatat kemenangan 1-0 ke atas Atletico Madrid pada aksi pusingan 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara di San Siro awal pagi semalam.

Walaupun dilihat mendominasi permainan, namun Inter gagal memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri apabila hanya menjaringkan satu gol menerusi Marko Arnautovic sebagai bekalan untuk aksi timbal balik 14 Mac depan.

Inzaghi berkata, mereka amat memerlukan jaringan lebih besar pada perlawanan semalam memandangkan pertemuan kedua di Stadium Wanda Metropolitano nanti bakal menjadi lebih sukar buat Inter.

“Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan aksi ditampilkan semua pemain kerana kami berdepan sebuah pasukan yang memiliki kelebihan dari segi fizikal selain kemampuan teknikal terbaik.

“Bagaimanapun, ini hanyalah perlawanan pertama dan kami akan ada aksi timbal balik yang pastinya lebih sukar. Agak kesal sedikit kerana kami tidak manfaatkan peluang untuk jaringkan lebih banyak gol,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut memuji pemain-pemain tengah yang menunjukkan karakter cukup baik bagi memastikan Inter dapat memulakan serangan ke arah benteng pertahanan Atletico sepanjang perlawanan tersebut.

“Apabila Atletico memegang bola, memang sukar untuk kami mendapatkannya semula, jadi pemain-pemain tengah banyak berkorban demi pasukan. Saya juga gembira apabila pemain-pemain gantian memberikan sumbangan cukup baik,” ujar Inzaghi. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI