fbpx

Dunki: Sakitnya realiti ketidakadilan ‘kasta’ orang putih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dunki yang menemui penonton di pawagam Malaysia Disember tahun lalu kini tersedia dalam Netflix dan menjadi filem nombor satu dalam carta laman penstriman tersebut.

DENGAR cerita filem terbaharu Marvel, Madame Web meraih rating terendah dalam sejarah Marvel Cinematic Universe (MCU).

Bagaimanapun, bukan itu fokal atau titik ulasan minggu ini. Apa yang penulis ingin kongsikan adalah tentang keasyikan naskhah yang baru memasuki platform Netflix berjudul Dunki.

Filem lakonan Raja Bollywood Shah Rukh Khan yang memainkan peranan sebagai Hardy Singh bersama barisan pelakon hebat lain seperti Taapsee Pannu (Manu Randhawa), Vicky Kaushal (Sukhi Singh) dan Boman Irani (Geetendar Geetu Gulati) itu sangat berbaloi untuk ditonton.

Berdurasi dua jam 40 minit, naskhah garapan sutradara hebat India Rajkumar Hirani tersebut memberi banyak persepsi dan pengajaran berguna tentang kehidupan.

Senergi lakonan antara SRK dan barisan pelakon lain menjadi antara faktor kemenjadian Dunki sebagai sebuah filem komedi dan drama yang sangat luar biasa.

Kebenaran, realiti penjajah

Pertama sekali, dunia memang tidak akan pernah adil. Penjajah seperti British datang ke negara kita dengan ‘hidung tinggi’ tetapi apabila kita datang ke negara mereka, bermacam-macam birokraksi atau undang-undang yang dikenakan.

Mereka curi kekayaan negara orang tidak mengapa, tetapi apabila orang ‘cuit’ mereka, mulalah seolah-olah bergegar satu monarki.
Seterusnya, kehidupan seseorang imigran atau pendatang tidak semuanya indah, melainkan kalian seorang mat salih atau berkulit putih. Itu fakta yang masih tidak berganjak dari zaman nenek moyang hingga sekarang.

Tiga perenggan atas adalah antara apa yang penulis rasakan saat menamatkan tontonan filem Dunki.

Menyentuh tentang kualiti dicernakan Dunki, dari segi lakon layar dan penceritaan, filem ini berderas dengan sangat cemerlang.

Mata tertancap, fokus diberikan 100 peratus sekali gus membuktikan betapa kemenjadian filem sangat membekas di mata audiens.
Shah Rukh Khan berbisa

Orang India perlukan visa untuk ke United Kingdom (UK) dan energi sama diperlukan warga UK untuk ke negara yang populasinya mencecah 1.4 bilion itu. Satu perkara yang menyesakkan buat kedua-dua negara.

Ada orang India yang sanggup bergadai nyawa, merentas sungai dan belantara kerana visa mereka dinafikan kedutaan UK. Itulah yang dipaparkan Hardy Singh dan rakan-rakannya dalam Dunki.

LAKONAN SRK sekali lagi menghipnosis dunia menerusi terjemahan karakter luar biasa sebagai Hardy Singh dalam Dunki.

Dari segi permainan dan terjemahan karakter, Dunki kini masuk dalam senarai filem lakonan Shah Rukh Khan kegemaran penulis.

Lakonannya cukup luar biasa, berkarisma dan meninggalkan dampak terlalu luar biasa.

Sinergi lakonan antara Raja Bollywood itu dengan pelakon-pelakon lain juga langsung tidak mengecewakan, terutama bibit cinta antara Hardy dan Manu.

Barangkali kalau diberikan keadilan sama rata tanpa mengira bangsa atau kaum, Dunki selayaknya menerima pencalonan Oscar sepertimana Slumdog Millionaire mencipta magis dan sukses pada Academy Awards 2008.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI