fbpx

[VIDEO] Nadir Al-Nuri rindu keluarga, harap bertemu semula segera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video anak bongsu Muhammad Nadir yang kini berada di Rafah, sudah pandai merangkak.

PETALING JAYA – “Harap tak lah Ibrahim dah pandai berlari nanti, baru akan jumpa semula.

Itu harapan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman apabila mendapat berita anak bongsunya, Ibrahim sudah pandai merangkak.

Menurutnya, Ibrahim yang kini sedang berlindung di Rafah, Palestin, bersama ahli keluarga yang lain, baharu belajar untuk duduk ketika kali terakhir beliau berjumpa dengan anaknya yang kini berusia lebih setahun itu.

“Saja kongsi keseronokan dengan kalian yang tak putus mendoakan kami. Terakhir jumpa, dia baru nak boleh duduk. Sekali dapat video ni, dah boleh merangkak,” katanya bersama perkongsian video di Facebook.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, Muhammad Nadir menyatakan kebimbangan terhadap isteri dan anak-anaknya yang berlindung di Rafah.

Katanya, setiap hari beliau memantau aplikasi WhatsApp dan akan berasa sedikit lega apabila terpapar status ‘kali terakhir dilihat’ atau ‘last seen’ isterinya yang menunjukkan waktu terkini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI