fbpx

Pesilat bakal berlatih di negara ‘blok Khabib’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MEGAT ZULKARNAIN mengakui ilmu yang bakal diperoleh nanti mampu memantapkan pesilat negara.

PERSEKUTUAN Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) mahu menguji pesilat mereka dengan menyertai saingan di Kazakhstan, Uzbekistan dan Kyrgystan pada 2 hingga 15 Februari 2021 depan sebagai persiapan untuk menghadapi dua kejohanan besar tahun depan.

Kejohanan tersebut penting bagi mengukur tahap prestasi atlet negara memandangkan pesilat negara perlu menyesuaikan diri dengan peraturan baharu yang lebih agresif dan ia akan digunakan buat kali pertama di Kejohanan Dunia Pencak Silat dan Sukan SEA Hanoi, Vietnam.

Setiausaha Agung Pesaka, Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata, pihaknya memilih untuk berkelana di sana memandangkan ia sinonim sebagai negara yang banyak melahirkan bintang seni bela diri campuran dunia (MMA) seperti Khabib Nurmagomedov.

“Kami sepatutnya berlepas ke sana pada Rabu lalu dan pulang 15 Disember ini, tapi tak jadi susulan pandemik ­Covid-19 biarpun segala persediaan telah dilakukan.

“Bagaimanapun, kami akan pergi ke sana pada 2 hingga 15 Februari untuk menyertai pertandingan yang menggunakan peraturan baharu.

“Lagi pun, kita sedia maklum negara ‘blok Khabib’ ini memang kuat dan handal dalam sukan tempur. Sebab itu kami pilih negara tersebut untuk skuad negara menguji kemampuan diri,” katanya kepada ­Kosmo! baru-baru ini.

Antara peraturan baharu yang diluluskan pada Ogos lalu seperti membenarkan tumbukan Superman, tarik dan pukul, pukul di bahagian belakang vest, pukulan tangan belakang, lompat dan menyiku ke vest, dan membuat kuncian sekali gus menjadikan sukan tersebut ala MMA.

“Kita akui peraturan baharu itu sangat agresif dan jika pesilat negara tidak melakukan persiapan yang rapi mereka akan berdepan masalah.

“Apa yang saya lihat peraturan baharu ini memerlukan stamina yang cukup tinggi. 16 pingat ditawarkan di Sukan SEA dan persiapan atlet perlu dilakukan segera,” tambah Megat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI