PETALING JAYA – Hujan lebat dan ribut petir dijangka melanda Selangor, Putrajaya dan Sarawak sehingga pukul 3 petang ini.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) berkata, cuaca buruk berkenaan melibatkan seluruh Wilayah Persekutuan Putrajaya dan beberapa daerah di Selangor dan Sarawak.
“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang turut dijangka berlaku di beberapa kawasan di Selangor iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang.
“Cuaca sama turut melibatkan keseluruhan Wilayah Persekutuan Putrajaya, manakala di Sarawak meliputi Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong, Sarikei (Sarikei), Mukah (Tanjung Manis) dan Kapit (Song),” kata kenyataan itu di Facebook. – KOSMO! ONLINE