KUALA LUMPUR – Jenazah bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pukul 3.30 petang ini dari Kuala Lumpur.
Jenazah Allahyarham akan terus dibawa ke rumahnya di Demak Jaya, Jalan Bako sebelum dibawa ke Dewan Undangan Negei (DUN) esok bagi membolehkan orang ramai memberi penghormatan terakhir bermula pukul 8 hingga 11.30 pagi.
Selepas itu jenazah akan dibawa ke Masjid Demak untuk disolatkan sebelum dikebumikan dengan istiadat pengkebumian negeri di perkuburan keluarga di Demak Jaya. – KOSMO! ONLINE