fbpx

12 tahun kenal, Azira Shafinaz sedia naik pelamin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azira Syafinaz mendedahkan sudah bersedia untuk berkahwin dengan kekasih hati, Yasser Khan.

KUALA LUMPUR – Pelakon jelita Azira Shafinaz mengakui sudah bersedia menamatkan zaman bujang dengan kekasihnya, Yasser Khan.

Azira atau nama lengkapnya Azira Shafinaz Ramlan, 33, bagaimanapun mahu menunggu masa paling tepat untuk bergelar isteri kepada lelaki yang dikenalinya sejak 12 tahun lalu.

“Saya masih bahagia sampai sekarang dengan orang yang sama, alhamdulillah. Kami pun sudah 12 tahun berkenalan.

“Sudah semestinya saya bersedia untuk ke fasa perkahwinan. Nak tunggu sampai bila pun hanya buang masa.

“Saya cuma rasa macam it’s now or never (sama ada sekarang ataupun tidak sama sekali),” katanya kepada Kosmo! Online  pada acara Rizman Ruzaini Raya 2024 Corture Collection semalam.

Dalam masa sama, ahli kumpulan De Fam itu juga memaklumkan mereka sering berbincang mengenai soal berumah tangga namun enggan terlalu memberi perincian lanjut.

AZIRA berkata, sudah tiba waktu buat dirinya untuk menjawat peranan sebagai seorang isteri. – SYAKIR RADEN.

“Kami selalu bercakap-cakap mengenai hal kahwin tetapi saya tidak boleh dedahkan apa-apa lagi buat masa ini.

“Kalau semuanya sudah sahih, sudah semestinya saya akan berkongsi berita gembira kepada semua,” ujarnya lagi.

September tahun lalu, Azira pernah memberi bayangan seolah-olah bakal mengakhiri zaman bujang apabila berkongsi ucapan istimewa buat kekasihnya.

Sekitar Februari tahun lalu pula, pelakon drama Ijab Kabut itu dalam satu temu bual bersama Kosmo! mendedahkan hatinya sudah dimiliki dan bahagia menyulam kasih.

Sebelum mengakui hatinya sudah dimiliki, nama Azira acap kali dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon, Sharnaaz Ahmad sejak 2021 selepas mereka sering dilihat mengadakan sesi siaran langsung dalam media sosial.

Khabar angin mengenai hubungan cinta antara dia dengan Sharnaaz  bertiup kencang selepas aktor itu kerap meninggalkan komen romantik dalam Instagram Azira.

Bagaimanapun, kedua-duanya menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan hubungan mereka hanya sebagai kawan. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI