fbpx

Pemuda maut motosikal langgar pembahagi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal mangsa yang terbabas terbabas di Jalan Bukit Gambir, George Town hari ini.

GEORGE TOWN – Seorang penunggang p-hailing maut selepas motosikal yang dia tunggang terbabas lalu melanggar pembahagi jalan di Jalan Bukit Gambir di sini, hari ini.

Mangsa yang berasal dari Balik Pulau dan berusia 27 itu dilaporkan maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada badan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab. Hamid berkata, pihak polis menerima laporan mengenai kejadian kemalangan maut itu kira-kira pukul 3.30 petang.

“Siasatan awal di lokasi mendapati mangsa dari arah dari Bukit Jambul menghala ke arah Jalan Yeap Chor Ee melalui Jalan Bukit Gambir.

“Motosikal mangsa telah hilang kawalan dan terbabas melanggar pembahagi jalan,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, akibat daripada impak perlanggaran itu mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas kesihatan.

“Punca kemalangan disyaki terbabas sendiri dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI