fbpx

Paras ringgit semasa tidak cerminkan prospek ekonomi negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penganalisis menjangkakan ringgit akan mengukuh tahun ini. -Gambar hiasan

PETALING JAYA – Prestasi ringgit  telah dipengaruhi oleh faktor luaran, sama seperti mata wang serantau lain baru-baru ini.

Sehubungan itu, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Rasheed Ghaffour menegaskan bahawa, paras ringgit semasa tidak mencerminkan prospek positif ekonomi Malaysia pada masa akan datang.

Menurut beliau, pertumbuhan pada tahun 2024 akan didorong oleh permintaan luaran yang bertambah baik dan perbelanjaan dalam negeri yang kukuh. 

Unjuran terkini Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menunjukkan bahawa perdagangan global akan meningkat daripada 0.4 peratus  pada tahun 2023 kepada 3.3 peratus  pada tahun ini.

Bagi Malaysia, eksport telah mencatatkan penambahbaikan yang stabil sejak suku keempat tahun 2023. Malah, eksport bulan Januari 2024 yang diumumkan baru-baru ini juga positif (+8.7 peratus )malah sektor pelancongan telah pulih dengan kukuh dan ketibaan pelancong pada tahun 2024 dijangka mengatasi paras sebelum pandemik iaitu 26 juta. 

Momentum pelaburan juga meningkat berikutan pelaksanaan projek-projek yang telah diluluskan dalam sektor swasta dan awam.

“Susulan perkembangan-perkembangan positif ini bersama-sama dengan komitmen Kerajaan untuk melaksanakan pembaharuan struktur dan jangkaan bahawa kadar faedah akan diturunkan di negara-negara maju, kebanyakan penganalisis membuat jangkaan bahawa ringgit akan menambah nilai pada tahun ini,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini. -KOSMO! ONLINE

 

.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI