fbpx

Ismail Bakar dilantik Pengerusi EAIC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail.

PUTRAJAYA – Bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ismail Bakar dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 Februari lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataan berkata, bagi Timbalan Pengerusi pula disandang oleh Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Dr. Prasad Sandosham Abraham.

Katanya, turut dilantik sebagai anggota Suruhanjaya itu Datuk Seri Dr. Yusof Ismail, Datuk Seri Dr. Razali Ab Malik, Datuk Dr. Mohd Ghazali Abas, Datuk Ong Lam Kiat dan Datuk Siti Zainab Omar.

“Sukacita dimaklumkan bahawa selaras dengan subseksyen 5(1) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700], Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah pada 24 Januari 2024 telah memperkenankan pelantikan tujuh anggota EAIC,” katanya hari ini.

Anwar berkata, semoga pelantikan ini akan memperkukuh pelaksanaan fungsi dan keberkesanan EAIC ke arah memastikan mutu penguatkuasaan yang efektif dan berintegriti dalam kalangan pegawai penguat kuasa dan agensi penguatkuasaan.

Tambah Anwar, kerajaan juga merakamkan penghargaan kepada barisan Pesuruhjaya EAIC yang terdahulu iaitu Tan Sri Sidek Hassan, Tan Sri Datuk Zainun Ali, Tan Sri Mahmood Adam, Tan Sri Datuk Wira Aziah Ali, Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin, Datuk John Louis O’hara dan Prof. Dr. Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod yang telah melengkapkan perkhidmatan mereka di Suruhanjaya tersebut pada 30 Jun 2023. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI