PERNAH mengejutkan peminat apabila menggunakan nama baharu bagi akaun Instagramnya, penyanyi Bunga Citra Lestari (BCL) mendedahkan keputusan tersebut bukan mudah.
Katanya, perubahan nama @bclsinclair menjadi @itsmebcl by hakikatnya sudah difikirkan sebelum mempunyai perancangan mendirikan rumah tangga dengan Tiko Aryawardhana.
Bukan mahu melupakan terus suaminya, Allahyarham Ashraf Sinclair, namun perkara itu lebih kepada dirinya tidak lagi didampingi lelaki yang selama ini sentiasa di sisinya.
BCL mendedahkan, sudah tidak boleh berterusan menggunakan nama Sinclair kerana Ashraf telah meninggalkan dirinya untuk selama-selamanya.
“Sebenarnya sejak Ashraf meninggal dunia saya rasa saya tidak boleh gunakan nama itu lagi, cuma tak dilakukan (padam) ketika itu kerana masih berkabung,” katanya pada sesi temu bual sebuah program bersama pengacara Feni Rose.
Keputusan juga dirasakan sangat berat sehingga dia mengambil kesempatan berbincang dengan keluarga arwah bagi mendapatkan pandangan mereka.
Biarpun mempertimbangkan perkara itu selepas pemergian Allahyarham pada 2020, hanya ketika menjelang hari pernikahan 1 Disember tahun lalu, BCL benar-benar memadam nama keluarga Sinclair.
Terdahulu, tindakan tersebut mengundang kecaman netizen yang beranggapan dia mudah melupakan arwah suaminya selepas bertemu cinta baharu.