fbpx

Pekerja bank wanita dipukul dengan kayu berkali-kali sebelum disamun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KOTA KINABALU – Seorang wanita cedera di kepala akibat dipukul sebelum disamun dalam kejadian berhampiran sebuah hotel, di Jalan Gaya pada 16 Februari lalu.

Mangsa yang berusia 50 tahun dan juga pekerja di sebuah bank, berdepan detik cemas itu ketika sedang berjalan kaki untuk pergi ke tempat kerjanya kira-kira pukul 6.30 pagi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Kalsom Idris berkata, hasil siasatan awal mendapati
mangsa telah didatangi seorang lelaki secara tiba-tiba dan dipukul menggunakan kayu dari arah belakang.

“Mangsa cuba mempertahankan diri tetapi suspek bertindak memukul mangsa beberapa kali dan kemudiannya menarik beg tangan milik mangsa sebelum melarikan diri,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Kalsom berkata, akibat kejadian itu, mangsa cedera di kepala dan badan selain mengalami kerugian kira-kira RM5,000 termasuk telefon pintar dan wang tunai.

“Kejadian sempat dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian dan suspek lelaki warga asing berusia 29 tahun berjaya ditahan pada pukul 2.30 pagi kelmarin.

“Suspek yang tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah ditahan di Kampung Pondo, Pulau Gaya serta positif dadah, ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan,” katanya.

Terdahulu, tular klip video memaparkan wanita dipukul sebelum dibegnya disamun seorang lelaki menerusi aplikasi WhatsApp sejak pagi semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI