fbpx

Tiga pegawai kanan asrama pemulihan akhlak ditahan buat tuntutan palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga individu melibatkan pengarah urusan, pengarah operasi serta pengetua asrama pemulihan akhlak kerana disyaki terbabit tuntutan palsu bernilai RM280,000.

Menurut sumber, suspek yang berjawatan pengarah urusan dan pengarah operasi disyaki bersubahat dengan pengetua asrama bagi mengemukakan tuntutan palsu lebih RM280,000.

Katanya, ia bagi perkhidmatan pembekalan serta penyediaan makanan di asrama pemulihan akhlak di Johor Bahru, Johor.

“Ketiga-tiga suspek itu dipercayai telah bersubahat dan melakukan tuntutan palsu berkenaan sejak September 2020 hingga Ogos 2022.

“Ketiga-tiga suspek lelaki berusia sekitar 30an dan 40an itu telah ditahan sekitar pukul 5 petang tadi ketika hadir di Pejabat SPRM Johor bagi membantu siasatan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan Putrajaya, Azizul Ahmad Sarkawi ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap ketiga-tiga suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI