fbpx

Tukang gunting potong rambut guna api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rambut pelanggan dipotong menggunakan semburan api. – X

NEW DELHI  – Seorang tukang gunting rambut di India menjadi perhatian pengguna media sosial kerana memotong rambut pelanggan menggunakan api, lapor laman berita India Times kelmarin.

Dalam klip video yang dikongsikan di platform X, tukang gunting tersebut dilihat sedang merapikan dan menggayakan rambut seorang lelaki.

Tidak seperti kebiasaan tukang gunting rambut lain yang menggunakan gunting atau pencukur, lelaki berkenaan sebaliknya menggunakan api yang disembur pada rambut pelanggannya.

Dengan reaksi muka bersahaja dan gerakan tangan  pantas, tukang gunting rambut tersebut pada akhir video dilihat berjaya menggayakan potongan rambut yang menarik untuk pelanggannya.

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen yang kagum melihat kebolehannya.

Namun, ramai juga netizen yang meluahkan kebimbangan terhadap tindakan itu kerana dianggap  berisiko menyebabkan api menyambar pelanggan.

“Ini tidak bagus untuk rambut anda. Orang lain juga terpaksa menghidu bau rambut anda terbakar,” kata seorang pengguna media sosial. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI