fbpx

Anggota polis cemburu pukul teman wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seorang anggota polis bertindak luar kawalan apabila memukul teman wanitanya dengan batang besi di sebuah pangsapuri di Bandar Puchong Jaya, di sini kelmarin.

Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razali Abu Samah, kejadian berlaku pukul 5.30 petang kelmarin, apabila suspek datang pangsapuri itu merupakan rumah kediaman mangsa dan memaksa mangsa untuk berjumpa dengannya tetapi dia menolak.

“Susulan daripada itu, suspek kemudian merosakkan tiga buah kereta iaitu, Honda Civic, Proton Satria Neo dan Perodua milik mangsa, anak dan suami anaknya.

“Anak mangsa berusia 26 tahun turut menyaksikan kejadian itu dan telah membuat laporan polis,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Jelasnya, mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Mengulas lanjut, beliau berkata, suspek difahamkan bertindak secara melulu kerana cemburu apabila wanita itu, menjalinkan hubungan dengan lelaki lain.

“Hasil daripada ujian air kencing juga didapati lelaki tersebut positif dadah jenis methamphetamine.

“Suspek ditahan dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI