fbpx

Lelaki temui ekor tikus dalam sup daging

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki tersebut menunjukkan objek yang didakwa ekor tikus yang ditemui dalam hidangan rawon. – Facebook

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang lelaki mendakwa dia menemui potongan daging dan ekor tikus dalam hidangan rawon yang dibeli, lapor laman berita Detik hari ini.

Rawon merupakan sup daging berasal dari Surabaya, wilayah Jawa Timur dan mempunyai kuah istimewa berwarna hitam.

Berdasarkan klip video tersebut, lelaki itu berkata, disebabkan curiga melihat bentuk daging dalam hidangan itu, dia mengamati objek berkenaan.

Dia kemudian terkejut apabila mendapati ia adalah ekor tikus yang masih bersambung dengan potongan daging.

Lelaki itu tidak menyatakan lokasi dia membeli rawon tersebut, namun berdasarkan maklumat yang diperoleh, ia dibeli dari sebuah kedai di Buleleng, Pulau Bali.

Ketua Kampung Kalibukbuk, Ketut Suka ketika dihubungi mengesahkan rawon itu dibeli daripada seorang peniaga di Pantai Lovina.

Tambahnya, dia juga telah menghubungi individu yang memuat naik video tersebut bagi menyiasat mengenai kesahihan dakwaannya.

“Kami mahu menemui individu yang memuat naik video tersebut kerana tidak mahu dakwaan itu menjadi fitnah,” ujarnya.

Sementara itu, menurut laman berita Radar Bali, video tersebut telah dipadam daripada  akaun individu yang memuat naiknya semalam.

Namun, sebelum memadam hantaran itu, individu berkenaan berkata, dia enggan menuduh peniaga rawon berkenaan menggunakan daging tikus dalam hidangan itu.

Sebaliknya, lelaki tersebut membiarkan orang ramai untuk menilai dan mengetahuinya sendiri. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI