fbpx

Mati tergantung, kes Mallika Rajput masih disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MALLIKA Rajput ditemui mati tergantung pada 4 Februari lalu.

KEMATIAN pelakon juga penyanyi Mallika Rajput otai yang ditemui tidak bernyawa dalam keadaan leher tergantung pada kipas siling di rumahnya di Sultanpur, Uttar Pradesh, masih mencetuskan tanda tanya.

Berdasarkan siasatan dan bedah siasat, polis bagaimanapun mendedahkan insiden yang berlaku pada 4 Februari lalu tidak menunjukkan sebarang bukti atau kaitan jenayah.

Pihak berkuasa juga menyiasat sama ada selebriti berusia 37 tahun yang turut aktif dalam arena politik mempunyai musuh atau menerima ugutan sehingga menggantung diri.

Dalam kejadian yang mengejutkan ramai termasuk pelakon gandingannya dalam filem Revolver Rani, Kangana Ranaut, mayat mendiang ditemui ibunya sendiri.

Namun wanita separuh abad itu menegaskan selama ini anaknya tidak menunjukkan sebarang tanda kemurungan, bahkan dikenali sebagai individu ceria.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI