fbpx

Tiga warden Penjara Taiping cedera bergelut dengan banduan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

TAIPING – Tiga warden Penjara Taiping cedera selepas terlibat dalam pergelutan dengan sekumpulan banduan dalam kejadian pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ismail berkata, laporan polis berkaitan kejadian itu dibuat pegawai penjara berusia 27 tahun pada pukul 7 petang.

Katanya, berdasarkan maklumat, insiden tersebut berlaku pada pukul 3.30 petang di mana ia didakwa berpunca daripada provokasi dilakukan banduan terlibat.

“Siasatan mendapati, seramai lapan banduan didaftar masuk ke Penjara Taiping semula selepas selesai menjalani kuarantin di Pusat Koreksional Kamunting.

“Kejadian berlaku apabila salah seorang banduan membuat provokasi terhadap warden sehingga menyebabkan berlaku pertikaman lidah sebelum banduan lain bertindak menolak pegawai tersebut.

“Insiden itu bertambah kecoh apabila dua rakan banduan cuba masuk campur, menyebabkan dua warden lain bertindak segera bagi meleraikan pertengkaran itu dan berlaku pergelutan,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, akibat pergelutan itu, pengadu dan dua rakan warden berusia 41 dan 48 tahun mengalami kecederaan ringan dan telah mendapat rawatan di Hospital Taiping.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI