fbpx

12 warga asing ditahan kerja lebih masa, tiada permit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur Zulfa memeriksa warga asing di sebuah kilang menjahit dan memborong pakaian seragam di Bukit Mertajam, hari ini. Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN

SEBERANG PERAI – Seramai 12 warga asing ditahan dalam Ops Mahir di sebuah kilang menjahit dan memborong pakaian di Taman Industri Impian, Alma di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Imigresen Pulau Pinang, Nur Zulfa Ibrahim berkata, operasi itu dilaksanakan susulan aduan orang awam yang menyatakan terdapat warga asing yang tinggal dan bekerja tanpa pas atau permit yang sah.

Menurutnya, menerusi operasi yang bermula pukul 10.30 pagi itu, seramai 130 warga asing melibatkan 61 lelaki dan 69 wanita yang terdiri daripada warga negara Myanmar (78), Bangladesh (27), Nepal (18), Indonesia (6) dan seorang warga negara China yang berusia antara 20 sehingga 40 tahun telah diperiksa.

“Daripada jumlah terbabit, seramai 12 orang daripadanya yang terdiri daripada lima lelaki dan tujuh wanita ditahan kerana tinggal lebih masa dan gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah.

“Kesemua ditahan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155),” katanya kepada pemberita di sini hari ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI