fbpx

Warga emas, pesakit kronik paling berisiko terdedah cuaca panas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Warga emas berusia 65 tahun ke atas, penghidap penyakit kronik serta bayi dan kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah antara golongan yang berisiko tinggi apabila terdedah kepada cuaca panas.

Pegawai perubatan swasta, Dr. Ahmad Samhan yang berkongsikan perkara itu menerusi info grafik dimuat naik di kumpulan Telegramnya.

Info grafik yang dikongsikan Dr. Ahmad Samhan di kumpulan Telegramnya.

Katanya, golongan ibu hamil dan menyusukan anak serta pekerja yang terdedah kepada suhu panas juga perlu berjaga-jaga sewaktu melakukan aktiviti di luar rumah.

“Pekerja sepert petani, buruh, pelombong dan peladang sering terdedah dengan cuaca panas di luar.

“Selain itu, individu yang aktif seperti ahli sukan juga tidak terkecuali,” katanya.

Jelas Dr. Ahmad Samhan, beliau mengingatkan fenomena cuaca panas memberi kesan kepada kesihatan seperti boleh mengakibatkan berlakunya strok haba apabila terdedah secara berterusan.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam laporan cuaca di Facebook memaklumkan, cuaca kering dan panas dijangka melanda beberapa negeri-negeri utara Semenanjung dengan suhu melebihi 35 darjah Celsius. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI