fbpx

‘Kami akan sama-sama jaga anak Bella’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keluarga arwah Mila Sharmilah Samsusah yang hadir ke Mahkamah Majistrit Batu Pahat untuk mengikut perkembangan perbicaraan kes bunuh ibu tunggal beranak dua itu.

BATU PAHAT – Dua orang anak arwah Mila Sharmilah Samsusah atau Bella yang berusia empat dan dua tahun akan diberikan jagaan sehingga akhir hayat.

Demikian luahan, ibu Bella, Noraini Salleh, 55, selepas ditanya tentang hak penjagaan dua cucunya iaitu Eusof Abdul Fatah, 4, dan Maream Isabel, 2.

Jelas Noraini, seorang lagi anaknya Norhisham, 26, juga kakak kepada Bella akan turut membantunya dalam setiap urusan berkaitan dua orang cucunya itu sehingga mereka membesar.

“Itulah satu-satunya harta paling berharga bagi kami selepas ketiadaan Bella, walaupun setiap kali memandang wajah mereka akan mengingatkan kami kepada arwah.

“Kami akan bergilir-gilir menjaga mereka berdua selagi ada kudrat dan nyawa dan memastikan mereka menjadi seorang insan berguna satu masa nanti,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Majistret Batu Pahat.KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI