fbpx

Penyamar polis dicekup samun sport rim BMW

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KLANG – Kelicikan dua lelaki menyamar sebagai anggota polis dan menyamun empat biji rim aloi (sport rim) kereta mewah jenis BMW tidak berpanjangan apabila mereka kemudiannya dicekup dalam tempoh 12 jam di Kampung Delek Kanan, Khamis lalu.

Kedua-dua suspek berusia 27 dan 50 tahun itu diberkas pukul 3 petang.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, tangkapan tersebut susulan laporan dilakukan seorang lelaki berusia 50 tahun yang kehilangan empat rim aloi kereta BMW miliknya dalam kejadian pukul 4 pagi hari sama.

Katanya, perkara itu diketahui apabila seorang rakannya menghubungi mangsa memaklumkan dua lelaki menyamar sebagai anggota polis telah datang kedai mangsa di daerah ini sebelum mengambil barangan kereta tersebut.

“Bertindak atas maklumat, polis kemudiannya menahan kedua-dua suspek itu selain mereka turut mengakui menjual sport rim BMW tersebut di sebuah kedai besi buruk.

“Kita juga berjaya menemui kembali barangan yang disamun itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Shamsul Amar menambah, siasatan mendapati mereka telah aktif sejak April lalu dengan menyamar sebagai polis.

Ujar beliau, semakan juga mendapati kedua-dua suspek masing-masing mempunyai dua rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 384 dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan,” jelasnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI