fbpx

Saya tiada niat lain, mahu perlindungan terbaik untuk suami – Raghad Kurdi Taib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Taib dan Raghad.

PETALING JAYA – “Saya tiada niat lain, mahu beri penjagaan dan perlindungan terbaik untuk suami,” kata Toh Puan Raghad Kurdi Taib menjawab dakwaan-dakwaan berkait keadaan suaminya iaitu bekas Yang di-Pertua Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud.

Menerusi kenyataan dimuat naik pada Instagram, Raghad berkata, sebagai isteri dan penjaga, kesihatan serta penjagaan Abdul Taib menjadi keutamaan sekali gus tidak akan sesekali mengambil tindakan yang menjejaskan kesihatannya.

“Sehubungan itu, kenyataan ini bagi menyangkal dan bertujuan untuk menjelaskan perkara tersebut. Tun Taib tidak ‘dilarikan’ dari hospital, berikutan terdapat kebenaran oleh doktor yang bertanggjawab bagi pelepasan pada 3 Februari lalu.

“Saya telah memaklumkan doktor itu berhubung janji temu bersama seorang doktor di sebuah hospital di Kuala Lumpur. Beliau meluluskan pelepasan dan menyifatkan suami saya sesuai untuk perjalanan (travel),” dakwanya menerusi kenyataan hari ini.

Dalam masa sama, Raghad berkata, keputusan membawa pulang Abdul Taib berdasarkan persetujuan yang termaklum dan hak beliau bagi memilih penjagaan terbaik.

“Semua dokumen pelepasan yang diperlukan mengikut prosedur hospital yang telah ditandatangani dan semua kakitangan hospital yang berkaitan mengetahui pelepasan tersebut.

“Dalam memastikan keselesaan di rumah, beliau mempunyai sokongan perubatan 24 jam (termasuk jururawat dan lawatan doktor berjadual), peralatan diperlukan dan ubat-ubatan sementara menunggu kemasukan ke hospital di Kuala Lumpur,” katanya.

Raghad turut menafikan dakwaan beliau secara sukarela mengeluarkan peranti perubatan tanpa memaklumkan kakitangan bertugas.

Katanya, tuduhan sedemikian menyebabkan tekanan dan kekeliruan, manakala beliau telah memfailkan laporan polis bagi menyangkal dakwaan tersebut dalam melindungi privasi dan hak Abdul Taib untuk memilih rawatan perubatannya.

“Kami bersedia sepenuhnya untuk memberikan kerjasama dengan polis dalam sebarang siasatan serta akan mengambil tindakan undang-undang terhadap hospital tersebut jika perlu.

“Saya gesa orang ramai untuk tidak mengendahkan laporan yang mengelirukan serta menghormati hak Tun Taib. Keluarga saya akan tetap teguh dan bersatu dalam masa sukar ini. Kami mohon doa orang ramai untuk kesihatan dan kesejahteraan suami saya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI