fbpx

[VIDEO] Anak saudara TokTi, Umai ‘mengejutkan’ Cakra Khan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CAKRA menyifatkan Umai sebagai penyanyi remaja yang mempunyai bakat luar biasa.

KUALA LUMPUR – Penyanyi remaja, Ummi Umaira mencetuskan rasa bangga khalayak, terutama keluarga apabila berkongsi pentas secara spontan dengan penyanyi Indonesia, Cakra Khan dalam Konsert A Decade Cakra Khan Live In Kuala Lumpur 2.0, malam tadi.

Ibunya, Siti Nursairah Tarudin yang juga adik kepada penyanyi nombor satu tabah air Datuk Seri Siti Nurhaliza itu mengakui terkejut saat Datuk Ramli M.S selaku pengarah muzik konsert memanggil nama Ummi Umaira atau Umai untuk naik ke pentas membawakan sebuah lagu berjudul Seluruh Cinta.

“Terkejut apabila Tok Ram sebut nama Umai untuk nyanyi duet dengan Cakra Khan Umai kerana kami datang sebagai penonton dan peminat abang Cakra Khan. Semua ini secara spontan.

“Dalam konsert besar, semua kena ada persediaan dan saya pun tidak diberitahu apa-apa tapi ini kejutan yang tidak disangka. Ibu bangga dengan kakak,” katanya menerusi perkongsian di Instagram.

Siti Sairah juga terharu melihat pencapaian anak sulungnya, apatah lagi dia mampu beraksi dengan bagus sebaik berada di pentas mega tersebut.

Kejutan penuh makna itu berlangsung ketika Cakra mengumumkan mahu membawakan lagu yang dipopularkan bersama Siti Nurhaliza, namun secara tiba-tiba Ramli memanggil gadis cilik berusia 12 tahun itu naik ke pentas.

Mengundang sorakan ramai, tambah mengujakan Umai yang mendapat tajaan ke Hollywood, Amerika Syarikat mewakili negara ke World Championships Of Performing Arts (WCOPA) tidak mensia-siakan peluang untuk beraksi cemerlang.

Cakra pada sidang media selepas konsert di Dewan Plenary Pusat Konvensyen Kuala Lumpur itu juga tidak menyangka penganjur mengundang anak saudara penyanyi dihormatinya yang disifatkan mempunyai bakat luar biasa.

Dalam ruangan komen rata-rata meninggalkan pujian dengan menyatakan Umai mempunyai vokal serta lenggok tersendiri yang membolehkannya pergi jauh dalam arena seni suara.

“Tahniah Umai dan ibu ayah. Vokal hebat. Terbaik protege Tok Ram!,” kata seorang netizen.

“Nyanyiannya sempurna, bintang dalam ciptaan,” tulis seorang pemilik akaun laman sosial lain.

Pada persembahan berdurasi sekitar tiga jam tersebut, penghibur bersuara serak itu turut mengundang rakan seperjuangan dari Indonesia iaitu Datuk Seri Rossa dan Judika.

Malah Cakra, 31, juga menjemput penyanyi tempatan, Dayang Nurfaizah untuk sama-sama memeriahkan konsert anjuran Seven Skies Motion Sdn. Bhd itu.

Dalam ruangan komen rata-rata meninggalkan pujian dengan menyatakan Umai mempunyai vokal serta lenggok tersendiri yang membolehkannya pergi jauh dalam arena seni suara.

“Tahniah Umai dan ibu ayah. Vokal hebat. Terbaik protege Tok Ram!,” kata seorang netizen.

“Nyanyiannya sempurna, bintang dalam ciptaan,” tulis seorang pemilik akaun laman sosial lain. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI