fbpx

Thaksin Shinawatra dibebas, pulang ke rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Thaksin tiba di pekarangan rumahnya bersama dua anak perempuannya selepas dibenarkan keluar dari hospital di Bangkok hari ini. – AFP

BANGKOK – Bekas perdana menteri Thailand, Thaksin Shinawatra pulang ke rumahnya di Bangkok dari sebuah hospital awal hari ini, enam bulan selepas kepulangan dramatiknya ke negara itu setelah 15 tahun hidup dalam buangan.

Bilionair kontroversi itu dipilih sebagai perdana menteri sebanyak dua kali sebelum digulingkan dalam rampasan kuasa tentera pada 2006. Dia dihukum penjara lapan tahun kerana kesalahan rasuah dan salah guna kuasa sekembalinya ke Thailand pada Ogos 2023.

Bagaimanapun, hukuman Thaksin dikurangkan kepada setahun oleh Raja Maha Vajiralongkorn, manakala kerajaan Thailand minggu lalu berkata, bekas pemimpin berusia 74 tahun itu dibenarkan mendapat parol disebabkan usia dan keadaan kesihatannya.

Thaksin yang memakai pendakap leher dan duduk di sebelah anak perempuannya, Paetongtarn serta Pintongta, dibawa keluar dari hospital polis di tengah Bangkok hari ini. Ia merupakan lokasi dia menghabiskan tempoh setengah tahun lepas.

Beberapa kumpulan orang ramai dilihat melakukan protes bagi membantah pembebasannya di hadapan hospital tersebut.

Kereta yang membawa Thaksin kemudian tiba di kediamannya, yang siap dipasang dengan sepanduk bertulis ‘selamat pulang’ di seluruh pagar rumah.

Tarikh sebenar pembebasan Thaksin tidak dijelaskan, namun dia mungkin akan dipantau menggunakan alat pengesan kedudukan, manakala haknya untuk melakukan perjalanan mungkin disekat. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI