fbpx

EPL: Liverpool semakin ‘gayat’ di puncak liga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alexis meraikan jaringan yang dilakukan bersama Salah pada aksi menentang Brentford sebentar tadi.

LONDON – Pasukan Liverpool terus mengukuhkan cengkaman selaku pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas mudah menewaskan Brentford 4-1 di Stadium Gtech Community sebentar tadi.

Pada perlawanan tersebut, skuad The Reds dilihat agak tempang apabila tidak dapat menurunkan penjaga gol utama, Alisson tetapi pemain sensasi, Mohamed Salah sudah cergas untuk diletakkan sebagai pemain pertahanan.

Liverpool dilihat tidak mempunyai masalah untuk mendominasi perlawanan tetapi hanya meraih satu gol hasil penyudah cantik penyerang utama, Darwin Nunez pada minit ke-35.

Bersambung pada babak kedua, Salah akhirnya dimasukkan untuk menambah sengat pasukan pelawat dan berjaya melakukan bantuan jaringan buat Alexis Mac Allister pada minit ke-55.

Momentum tersebut diteruskan dengan cemerlang dengan kini giliran pemain antarabangsa Mesir itu untuk meledak gol peribadi buat Liverpool dengan kedudukan menjadi 3-0 pada minit ke-68.

Brentford enggan mengibarkan bendera putih terlalu awal dan berjaya merapatkan jurang hasil penyudah penyerang kontroversi, Ivan Toney berselang lapan minit kemudian.

Namun, kesilapan mudah di benteng pertahanan menyaksikan The Bees sekali lagi dihukum apabila pemain gantian, Cody Gakpo memanfaatkan peluang terhidang sebelum wisel penamat ditiupkan.

Keputusan tersebut menyaksikan Liverpool kini kekal di carta No. 1 dengan mengutip 57 mata selepas mengharungi 25 perlawanan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI