BANGKOK, Thailand – Sebuah sampan purba yang ditemui di tebing sebatang terusan menarik perhatian masyarakat tempatan di Khlong Thom, wilayah Krabi.
Laman berita Thaiger melaporkan, sampan kayu itu dipercayai digunakan kira-kira 1,800 tahun lalu.
Ia ditemui oleh penduduk setempat di tebing terusan tersebut pada 13 Februari lepas.
Sampan itu masih berada dalam keadaan baik walaupun terdapat tanda-tanda pereputan berlaku.
Ia memiliki panjang kira-kira 8 meter dan lebar 70 sentimeter.
Walaupun jenis kayu yang digunakan untuk membina sampan tersebut tidak dapat dipastikan, penduduk percaya ia adalah kayu Takhian.
Perahu itu akan diperiksa secara menyeluruh untuk memberikan lebih banyak gambaran tentang asal usul dan kepentingannya. – AGENSI